Sunday, August 29, 2021

UNIT HAL EHWAL PELAJAR

 

Unit Hal Ehwal Pelajar merupakan salah satu unit di Politeknik Muadzam Shah yang memberi perkhidmatan secara langsung kepada pelajar. Unit HEP juga menguruskan pendaftaran pelajar baharu, lapor diri pelajar senior, kebajikan pelajar, insurans pelajar, biasiswa dan pinjaman pelajaran, disiplin serta kegiatan persatuan pelajar. Selain itu, Unit HEP PMS juga merupakan sumber data kepada Jabatan Akademik dan unit lain di PMS.

Unit HEP PMS sentiasa bersedia membantu bakal pelajar dan ibubapa serta guru kerjaya sekolah yang ingin mendapatkan maklumat mengenai syarat kemasukan, kursus yang ditawarkan, tempoh pengajian, yuran pengajian dan bayaran pendaftaran dan bantuan kewangan yang dipohon oleh bakal pelajar.

Unit HEP PMS dibarisi oleh 2 orang pegawai dan 3 orang staf sokongan di dalam membantu menguruskan segala hal yang berkaitan dengan pelajar. Unit Hal Ehwal Pelajar PMS sentiasa berazam akan terus menyampaikan perkhidmatan terbaik dan mencipta pelbagai kecemerlangan melalui pemerkasaan Technical dan Vocational Educational and Training (TVET) dalam mendokong pembangunan modal insan.

HUBUNGI KAMI
Unit Hal Ehwal Pelajar
Politeknik Muadzam Shah
Lebuhraya Tun Abdul Razak
26700 Muadzam Shah
Pahang Darul Makmur
Tel : 09-4502007   Fax : 09-4502009

No comments:

Post a Comment

PERTANDINGAN BOWLING