Monday, October 10, 2022

LAWATAN PENGURUS BANK ISLAM KE HEP

 

15.09.2022 - Hari ini Unit Hal Ehwal Pelajar PMS telah menerima kunjungan rasmi daripada Pegawai Bank Islam, En Mahadzir bin Mohd Noor bagi membincangkan usaha sama dalam membantu para pelajar dan staff melalui pakej yang telah disediakan.

Perbincangan ini turut dihadiri oleh Pengarah PMS bersama Timbalan Pengarah Akademik, Timbalan Pengarah Sokongan Akademik dan Pegawai Hal Ehwal Pelajar. Diharapkan semoga kerjasama yang terjalin diantara Bank Islam dan PMS dapat memberi manfaat kepada kedua-dua belah pihak.



Tuesday, June 21, 2022

SAMBUTAN HARI RAYA UNIT HAL EHWAL PELAJAR

 

Buat julung-julung kalinya Unit Hal Ehwal Pelajar mengadakan rumah terbuka sempena Hari Raya Aidilfitri 2022. Sambutan yang diadakan agak sederhana. Terima kasih diucapkan kepada Timbalan Pengarah Akademik dan Timbalan Pengarah Sokongan Akademik kerana sudi bertandang ke unit kami.



Sunday, June 12, 2022

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 2022

 

Kami dari Unit Hal Ehwal Pelajar ingin mengucapkan SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR & BATIN kepada semua warga PMS. Semoga Hari Raya pada kali ini disambut dengan gembira disamping keluarga tercinta.



Thursday, November 25, 2021

LAWATAN HEP KE POLITEKNIK MERSING

 



Satu lawatan penanda arasan Unit Hal Ehwal Pelajar Politeknik Muadzam Shah ke Politeknik Mersing telah diadakan pada 11 November 2021 yang bertujuan untuk berkongsi idea berkaitan dengan pengurusan dan pentadbiran organisasi serta bertukar-tukar pendapat mengenai urusan Hal Ehwal Pelajar di politeknik masing-masing. Turut hadir bersama ke PMJ ialah Timbalan Pengarah Akademik dan Timbalan Pengarah Sokongan Akademik.




PERTANDINGAN BOWLING